Kempen Kebersihan dan Keindahan Bandar Keningau 2010




CENDERA KENANGAN ... Hajiji ( tiga kanan) menerima cendera kenangan daripada Amat sambil diperhatikan oleh Sairin (kiri), Ghulam dan Edward.


Pada 28/01/2010 (Rabu), bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Keningau Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Nor telah melancarkan Kempen Kebersihan dan Keindahan Bandar Keningau 2010

Sedikit petikan daripada ucapan beliau "Kerajaan amat memandang serius pada masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat" & "Orang yang membuang sampah di merata-rata tanpa membuang di tempat yang sepatutnya adalah orang yang TIDAK BERTAMADUN" Beliau berharap masyarakat di kawasan daerah ini akan mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Majlis Daerah Keningau (MDK) telah membuat Amaran bahawa sesiapa yang didapati membuang sampah secara terbuka akan di Kompaun = RM 100 & Denda sebanyak = RM 5,000

Nama Pekan Keningau telah bertukar kepada Bandar Keningau kerana Keningau merupakan pusat utama Pentadbiran, Sosial utama dibahagian Keningau. Oleh itu, sesiapa ke Bandar Keningau janganlah kamu Buang Sampah di merata-rata tempat


_strawberry
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Box..

Powered By Blogger